FENOMENA STRATEGI 5B - KAEDAH TERBAIK PELAJARI EMAS PERAK

Friday 17 February 2012

Jutawan Dinar Iraq - Jangan Mudah Tertipu!!

Hari ini, dalam akhbar Metro, terdapat sebuah artikel berkenaan Dinar Iraq. Didapati ramai dikalangan rakyat Malaysia yang cetek ilmu pengetahuannya telah membeli dan melabur dalam Dinar Iraq. Sila baca keratan akhbar berikut:



Untuk pengetahuan anda, Dinar Iraq yang dimaksudkan disini hanyalah sekadar matawang. Ia dikatakan akan diapungkan bila tiba masanya nanti. Namun, sejak tahun 2007 hingga sekarang, pelabur-pelaburnya masih belum mendapat sebarang keuntungan. Malah jika mereka hendak menjual Dinar Iraq ini pun, tidak pasti kemana? Penjual dan ejen tersebut pula pasti mempunyai pelbagai dalih.


Saya juga pernah diajukan pelawaan untuk membeli wang kertas Dinar Iraq ini. Namun apabila saya mempersoalkan satu soalan kepada penjual, "kenapa harus saya beli kertas?" Penjual itu menjawab "Ini bukan kertas encik, ini Dinar Iraq yang akan naik harganya nanti". 
Anda pasti wang kertas ini akan naik harga?


Berikut ini saya titipkan intipati artikel berkenaan:


KUALA LUMPUR: Bermodalkan pelaburan awal sebanyak RM3,200 untuk memperoleh sejuta dinar Iraq iaitu mata wang baharu Iraq, pelabur mampu mendapat RM1 juta sebaik nilai mata wang itu dijangka diapungkan (RV) hujung tahun ini.

Inilah trend terbaru penjual mata wang dinar Iraq bagi menarik pelabur membeli mata wang berkenaan yang dikatakan memberi keuntungan dalam sekelip mata.

Wang berkenaan kini tiada nilai kerana baharu dicetak bagi menggantikan mata wang lama. Penjual mata wang itu turut mendakwa mereka memperoleh wang berkenaan dari Jordan yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Difahamkan, pelabur yang menyimpan, membeli atau menjual ketika RV diumumkan, nilai mata wang Dinar Iraq yang pada asalnya tidak bernilai akan bertukar menjadi mata wang utama dunia, sekali gus menjadikan pemiliknya bergelar jutawan segera.

Menurut penjual dinar Iraq yang dikenali sebagai Norman, 23, pelabur tidak perlu bimbang atau takut membeli dan memiliki mata wang berkenaan kerana ia dijangka menjadi lebih bernilai daripada mata wang Kuwait yang kini menduduki tangga teratas sebagai mata wang paling mahal di dunia.

Katanya, pelaburan itu disifatkan sama seperti pelaburan yang dibuat pemilik dinar Kuwait ketika negara itu berdepan dengan krisis ekonomi akibat ditakluk Iraq sekitar 1990-an.



“Ketika itu mata wang Kuwait bukan saja jatuh merudum, malah ia menjadi tidak bernilai namun, sebaik saja negara itu bebas nilainya mendadak hingga tiga kali ganda daripada nilai asal.


“Ini jelas membuktikan, mata wang dinar Iraq juga berpotensi untuk menjadi seperti dinar Kuwait yang boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda,” katanya ketika ditemui di sini.



Katanya, ada segelintir penjual yang turut mendakwa dinar Iraq juga dibeli Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai persediaan menjelang RV akhir tahun ini.

“Saya diberitahu sebuah bank di negara ini juga dilantik khas membeli dinar Iraq. “Disebabkan faktor ini, ramai rakyat negara ini semakin yakin untuk melabur sehingga ada segelintir sanggup melabur ratusan ribu ringgit,” katanya yang sudah menjual 10 juta dinar Iraq. Difahamkan, setakat ini, pemilik dan pembeli dinar Iraq bukan saja terdiri daripada suri rumah, peniaga kecil dan kakitangan kerajaan, malah ia turut menjadi rebutan golongan pelajar institut pengajian tinggi dan golongan VIP.

Norman berkata, sebaik mengiklankan ke laman sosial facebook, ada pelanggan dari luar negara seperti Australia dan Singapura yang menghubunginya untuk membeli mata wang itu.


Note: Dinar Iraq tidak sama sekali dengan Dinar Emas (Fizikal)

Wednesday 15 February 2012

9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan

Berikut saya bawakan tip perniagaan yang dinyatakan oleh PAKAR MOTIVASI NO.1 MALAYSIA.
9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan oleh Dr.Azizan Osman- Usahawan, Mentor Kekayaan & Kejayaan, Pakar Strategi Pengiklanan & Pemasaran & Master Trainer (Asia)
Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda?
Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas
Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?
Ketiga: "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga anda yakin untuk membesarkannya. Kesabaran adalah penting serta sentiasa bersedia untuk menimba ilmu.
Keempat: Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda mengikut keperluan pelanggan dan pasaran
Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman
Keenam: Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul
Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif
Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-gesa
Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah" ke dewan-dewan seminar untuk belajar tentang strategi pemasaran yang terkini.

Semoga anda mendapat manfaat dengan tips ini.

Panduan untuk Pelabur Emas – Bagaimana Hendak Memulakan Pelaburan Emas

Apa khabar anda hari ini? Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria bahagia.
Sangat bagus bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan pelaburan emas fizikal. Ia merupakan satu pelaburan yang terbaik dan telah diguna pakai oleh mereka sejak zaman berzaman lagi. Namun, saya mencadangkan agar anda menimba ILMU sebelum menceburi Pelaburan ini. Ini adalah kerana, setiap pelaburan bakal menjanjikan KEUNTUNGAN & KERUGIAN. Didapati, ramai orang diluar sana yang telah membeli dan melabur dalam EMAS fizikal ini merungut kerana mereka dijanjikan pelbagai keuntungan (yang tidak munasabah) oleh syarikat, ejen dan peraih emas. Banyak juga berita di surat khabar dan majalah yang menceritakan bagaimana mereka ini telah kerugian beribu ringgit. Kesian kaannnn!!
Pelaburan ini amat mudah sebenarnya. Ada duit, beli emas fizikal yang boleh dipegang ditangan dan simpan. Jangan suruh orang lain simpankan, bahaya!!

Monday 6 February 2012

Kepakaran Jutawan24K

Kepakaran saya adalah membimbing anda mencapai Financial Freedom dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan, pelaburan dan perniagaan EMAS & PERAK FIZIKAL. Saya boleh dihubungi di 019-2332457.
Saya doakan anda kaya dan berjaya