Tempat: Nilai Hotel, Nilai, Negeri Sembilan
Tarikh: 12 March 2012
Masa: 8.30 - 10.30mlm
Masuk Percuma
- Dikehendaki membeli matawang dinar Iraq yang didatangkan dalam set. Contohnya set bernilai IQD 50,000 dinaq iraq boleh dibeli dengan harga RM650.
- Beli harga dinar Iraq pada harga murah (ketika dinar Iraq jatuh) sekarang ini dan jual kembali apabila pengumpul dinar Iraq ini menjangkakan nilai dinar Iraq (1QD1) = dollar Amerika (US$1). Ada yang sasarkan lebih daripada itu.
RM680 utk 41800 dinar, nilai matawang sebelum perang teluk 1 dinar = USD 3.30 dan nilai skrg 1 dinar = USD 0.001. Andaikan naik 10 sen USD atau USD 1, USD 1 = 41800 dinar x 01.00 = USD 41800, USD 41800 x 3.7 = RM154700. Adakah anda hanya ingin duduk diam diri shj sdg org israel dan amerika berlumba membeli dinar iraq. Ambil peluang ini utk masa depan anda. Mata wang akan diberi terus 41800 dinar apabila anda bayar RM680.
- Buruk sangka – Jawapan yang sukar diterima pengumpul dinar Iraq ini walaupun niat kami untuk sampaikan kesedaran.
- Baik sangka – Kami menceritakan keindahan semata dengan mengatakan ia adalah peluang keemasan kepada “bakal jutawan dinar Iraq). Tetapi akhirnya…
“bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”
- Kalau penjual dinar Iraq yakin dinar Iraq akan naik melambung-lambung, mengapa mereka terus menjual dan tidak menyimpan sendiri? Mengapa? Kalau mereka simpan bukankah mereka boleh dapat lebih daripada sepatutnya? Iaitu daripada dapat jadi setakat multimillionaire, terus menjadi billionaire. Sialp-silap hari bulan, kedudukan Tan Sri Robert Kuok boleh dicantas dengan mudahnya.
- Mereka-mereka ini membuat perbandingan perang Iraq vs US dengan situasi Perang Teluk Iraq VS Kuwait. Tetapi persoalan sekarang ini, Kuwait dahulu lepas perang teluk, adakah di bawah tentera US seperti yang dihadapi negara Iraq sekarang ini? Mengapa mereka tidak menceritakan kepada pembeli dinar Iraq yang duit kertas duit kertas lama telah dihapuskan dan duit kertas baru telah diperkenalkan sebab masa itu banyak duit kertas telah dicuri oleh tentera Iraq dan muncul kat pasaran dunia? Mengapa?
- Apa akan jadi jikalau matawang mereka ditukarkan ke matawang baru selepas ini? Akhirnya duit dinar Iraq sekarang ini apa akan jadi? Akhirnya nanti, jadi macam duit daun pisang
- Katakanlah betul seperti yang diramal, dinar Iraq nanti ID 1=USD 1. Bermaksud nanti bakal muncul jutawan dinar Iraq tidak lama lagi? Alhamdulillah. Moga-moga. Tetapi persoalannya adakah US senang-senang sahaja mahu melingkup ekonomi mereka sendiri yang dah tak tertanggung itu? Kena ingat minyak kat Iraq itu bukan kerajaan Iraq yang kawal tetapi US sendiri
- Semua matawang dunia selepas 1971 adalah disandarkan satu sama lain dengan di hujung rantaiannya adalah dollar. Sedangkan US dollar yang merupakan matawang utama dunia pun tengah tenat akibat kegagalan US untuk bayar hutang Treasury Bill (T-bills) pada bulan Ogos 2011, apatah lagi dinar Iraq ini. Barack Obama lebih pening kepala nak fikirkan matawang USD sendiri yang tidak stabil akibat lambatan dolar Amerika sekarang ini.
- Apa kepentingan kerajaan Amerika nakkan nilai matawang dinar Iraq kukuh dan negara Iraq aman maju? Sedangkan negara Arab yang lain pun dia kacau apalagi Iraq. Amerika hanya menjaga kepentingan Israel bukan negara arab. Selagi negara arab bersatu dan maju ia adalah ancaman kepada kepada suvival israel itu sendiri. Begitu juga bab ekonomi dan kemajuan dirantau sana.
- Dinar Iraq ini pun sama macam matawang lain, iaitu duit fiat. Kelak, 1 dinar Iraq bersandarkan kepada berapa gram emas?
- Akhirnya paling mudah persoalan yang perlu difikirkan, berapa ramai yang sanggup berkongsi kekayaan/kesenangan dengan orang lain melainkan mahu menggunakan kesusahan/kesempitan orang lain demi kesenangan peribadi.
- Sekarang ni duit dinar Iraq bersepah
- Akhirnya. Yang untung siapa?
Bagaimana pembelian IQD dikatakan pelaburan walhal tiada apa yang boleh kita lakukan, selain membeli wang kertas yang belum tentu nilainya dimasa depan.