FENOMENA STRATEGI 5B - KAEDAH TERBAIK PELAJARI EMAS PERAK

Saturday 10 March 2012

Siri Transformasi Minda Jutawan Emas. Sila hadirkan diri anda;


Tempat: Nilai Hotel, Nilai, Negeri Sembilan
Tarikh: 12 March 2012
Masa: 8.30 - 10.30mlm
Masuk Percuma

Saturday 3 March 2012

Produk Baru Public Gold

Public Gold telah mengeluarkan produk baru, iaitu Gold Bar 500g, 2 Dinar 916 dan 10 Dirham



Thursday 1 March 2012

Tips Membuat Tabungan

Hari ini saya nak share tentang bagaimana sesorang itu boleh jadi kaya dan berjaya walaupun sekarang kedudukan kewangannya tidak stabil... tetapi saya yakin selepas anda mengikuti apa yg saya akan share sebentar lagi ianya akan banyak merubah tarikan kewangan anda.. it's like money magnet... Ada 6 cara utk membuat tabungan...
1. 10% Simpanan Tetap yg bermaksud simpanan ini tidak boleh digunakan spt simpanan Emas, ASB dsb. Duit ini spt telur angsa Emas.. hanya ambil duit keuntungan saja...
2. 10% Simpanan Pembelajaran... iaitu duit ini digunakan utk membeli buku, bayar utk seminar/kursus, menyambung pelajaran... demi meningkatkan ilmu didlm biz...
3. 10% Simpanan utk anda membelanjakan diri anda... bermaksud bagi reward utk diri sendiri setiap 2 bulan, spt anda pergi holiday, spa tempat2 yg mahal dan berpretij, manjakan diri anda sbb anda telah penat berkerja...
4. 10% Simpanan Jangka Panjang... yg bermaksud simpanan utk anda membeli bangunan, rumah, kereta mewah atau sbgnya..
5. 55% Perbelajaan Wajib - iaitu bil2 yg perlu anda lunaskan, makan minum, semua perbelanjaan yg mengurus kehidupan seharian... jika perlu ikat perut maka terpaksa buat sementara waktu sehingga anda bebas dr segala bebanan....
6. 5% Simpanan utk bersedekah... Jangan lupa utk bersedekah kpd mrk yg wajib memerlukan bantuan... ingat lagi kerap kita bersedekah lebih kerap rezeki dtg kpd kita...

So saya berharap perkongsian ini dpt manafaat setiap org... saya telah lakukan dan byk membantu saya di dlm kehidupan dan biz saya... insyaAllah next time i will share more in biz method...

Gelombang Jutawan Dinar Iraq Di Malaysia

Kenapa sekarang ramai pemerhati, peminat, pengumpul mahupun penjual dinar Iraq hari demi hari terus menantikan dengan setia status terkini dinar Iraq. Sebab mereka menjangkakan yang mana dinar Iraq akan melalui proses revaluation (RV) & apungan dalam masa terdekat sekarang ini…..
Rasanya kami dah dengar berita dinar Iraq akan RV sejak tahun 2006 lagi. Paling akhir khabar angin tersebut bertiup kencang sekitar November 2011.
dinar-iraq.jpg


Berita Terkini Dinar Iraq 2012 : Bagaimana Konsep Menjadi Jutawan Dinar Iraq?

  1. Dikehendaki membeli matawang dinar Iraq yang didatangkan dalam set. Contohnya set bernilai IQD 50,000 dinaq iraq boleh dibeli dengan harga RM650.
  2. Beli harga dinar Iraq pada harga murah (ketika dinar Iraq jatuh) sekarang ini dan jual kembali apabila pengumpul dinar Iraq ini menjangkakan nilai dinar Iraq (1QD1) =  dollar Amerika (US$1). Ada yang sasarkan lebih daripada itu.
Nah…ini salah satu contoh sms dan ayat-ayat yang biasa digunakan oleh penjual dinar Iraq ini :
RM680 utk 41800 dinar, nilai matawang sebelum perang teluk 1 dinar = USD 3.30 dan nilai skrg 1 dinar = USD 0.001. Andaikan naik 10 sen USD atau USD 1, USD 1 = 41800 dinar x 01.00 = USD 41800, USD 41800 x 3.7 = RM154700. Adakah anda hanya ingin duduk diam diri shj sdg org israel dan amerika berlumba membeli dinar iraq. Ambil peluang ini utk masa depan anda. Mata wang akan diberi terus 41800 dinar apabila anda bayar RM680.
terkini-dinar-iraq.jpg 


Begitulah ayatnya. Suka atau tidak, orang kita apabila mendengar dua istilah perkataan “ajaib” ini iaitu Amerika & Israel terus “menggelupur”, akhirnya bertindak juga atas nama “tidak mahu tertinggal keretapi” seterusnya menyertai kelompok baka-bakal jutawan dinar Iraq satu hari ini tanpa selidik terlebih dahulu. Sekarang ini ada pula konsep penjualan dinar Iraq ini diperluaskan dengan sistem downline. Dan ada juga yang dapat beli satu pakej set dinar Iraq + percuma IQD100 contohnya. Kreatif orang kita.
Dalam situasi ini kami ada 2 pilihan sahaja :
  • Buruk sangka – Jawapan yang sukar diterima pengumpul dinar Iraq ini walaupun niat kami untuk sampaikan kesedaran.
  • Baik sangka – Kami menceritakan keindahan semata dengan mengatakan ia adalah peluang keemasan kepada “bakal jutawan dinar Iraq). Tetapi akhirnya…
Sebenarnya kami tiada benda mudah di dunia untuk senang :
“bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”

Persoalan-persoalan Sebelum Membeli Dinar Iraq :

  1. Kalau penjual dinar Iraq yakin dinar Iraq akan naik melambung-lambung, mengapa mereka terus menjual dan tidak menyimpan sendiri? Mengapa? Kalau mereka simpan bukankah mereka boleh dapat lebih daripada sepatutnya? Iaitu daripada dapat jadi setakat multimillionaire, terus menjadi billionaire. Sialp-silap hari bulan, kedudukan Tan Sri Robert Kuok boleh dicantas dengan mudahnya.
  2. Mereka-mereka ini membuat perbandingan perang Iraq vs US dengan situasi Perang Teluk Iraq VS Kuwait. Tetapi persoalan sekarang ini, Kuwait dahulu lepas perang teluk, adakah di bawah tentera US seperti yang dihadapi negara Iraq sekarang ini? Mengapa mereka tidak menceritakan kepada pembeli dinar Iraq yang duit kertas duit kertas lama telah dihapuskan dan duit kertas baru telah diperkenalkan sebab masa itu banyak duit kertas telah dicuri oleh tentera Iraq dan muncul kat pasaran dunia? Mengapa?
  3. Apa akan jadi jikalau matawang mereka ditukarkan ke matawang baru selepas ini? Akhirnya duit dinar Iraq sekarang ini apa akan jadi? Akhirnya nanti, jadi macam duit daun pisang
  4. Katakanlah betul seperti yang diramal, dinar Iraq nanti ID 1=USD 1. Bermaksud nanti bakal muncul jutawan dinar Iraq tidak lama lagi? Alhamdulillah. Moga-moga. Tetapi persoalannya adakah US senang-senang sahaja mahu melingkup ekonomi mereka sendiri yang dah tak tertanggung itu? Kena ingat minyak kat Iraq itu bukan kerajaan Iraq yang kawal tetapi US sendiri
  5. Semua matawang dunia selepas 1971 adalah disandarkan satu sama lain dengan di hujung rantaiannya adalah dollar. Sedangkan US dollar yang  merupakan matawang utama dunia pun tengah tenat akibat kegagalan US untuk bayar hutang Treasury Bill (T-bills) pada bulan Ogos 2011, apatah lagi dinar Iraq ini. Barack Obama lebih pening kepala nak fikirkan matawang USD sendiri yang tidak stabil akibat lambatan dolar Amerika sekarang ini.
  6. Apa kepentingan kerajaan Amerika nakkan nilai matawang dinar Iraq kukuh dan negara Iraq aman maju? Sedangkan negara Arab yang lain pun dia kacau apalagi Iraq. Amerika hanya menjaga kepentingan Israel bukan negara arab. Selagi negara arab bersatu dan maju ia adalah ancaman kepada kepada suvival israel itu sendiri. Begitu juga bab ekonomi dan kemajuan dirantau sana.
  7. Dinar Iraq ini pun sama macam matawang lain, iaitu duit fiat. Kelak, 1 dinar Iraq bersandarkan kepada berapa gram emas?
  8. Akhirnya paling mudah persoalan yang perlu difikirkan, berapa ramai yang sanggup berkongsi kekayaan/kesenangan dengan orang lain melainkan mahu menggunakan kesusahan/kesempitan orang lain demi kesenangan peribadi.
Kita mesti tahu nilai dan bezakan mana satu skim cepat kaya yang mana satu bukan. Melakukan sesuatu tanpa ilmu amatlah bahaya. Benar ada individu dalam sejarah yang menjadi kaya dengan teknik yang hampir serupa dengan kes dinar Iraq ini, yang mana merujuk kepada spekulasi matawang. (Baca sebahagian kandungan buku The Asian Godfather), ada sebut pasal Sir Sik Nin Chau, yang buat duit dengan cara sebegini rupa. Pada masa itu, duit kertas terhad, hanya Sik Nin Chau ada kertas sebanyak tu. Senario dah berubah sekarang ini….
  • Sekarang ni duit dinar Iraq bersepah
  • Akhirnya. Yang untung siapa?

Jutawan Dinar Iraq : Penjual Vs Pembeli?

Kami tidak menghalang dan siapa kami untuk menghalang sesiapa menjadi kaya. Jika ada yang merasa boleh jutawan dengan cara dinar Iraq, terpulang. Cuma nasihat kami, yang mahu beli dinar Iraq ini selidik betul-betul terlebih dahulu. Periksa fakta-fakta yang sedia ada, bukannya berpandukan ramalan para penjual IQD dan RV semata. Ini duit anda!!
Bagaimana pembelian IQD dikatakan pelaburan walhal tiada apa yang boleh kita lakukan, selain membeli wang kertas yang belum tentu nilainya dimasa depan.
Antara nasihat yang berguna dalam pelaburan, JANGAN melabur pada sesuatu yang ANDA tiada kawalan (modal, withdraw, exit) terhadapnya. Buat pelaburan dengan jangan hanya BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada harapan semata-mata, TANPA ADA sebarang elemen yang boleh dikawal seperti risk management, jangkaan trend menggunakan candlestick chart and sebagainya. Dalam mana-mana portfolio pelaburan pun wajib ada 2 benda yang boleh dikawal iaitu analyzing and minimizing risk. Kalau sesuatu pelaburan itu tiada 2 elemen ini,  itu bukan pelaburan namanya. Itu namanya………(tak sampai hati kami nak sebut). Erm….
Zaman sekarang, apa-apa benda yang nak buat pun mesti ada ilmu dan bukan berserah kepada nasib semata-mata dengan ayat untuk sedapkan hati sendiri “Insya-Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan”.
P/S : Adakah anda juga ada tergerak hati mahu membeli dinar Iraq? Apa pandangan anda dengan dinar Iraq ini?
Dipetik dari artikel, pautan disini: http://beritasemasa.com/dinar-iraq-terkini 









Produk Emas Perak Public Gold

Berikut ini adalah produk emas perak PUBLIC GOLD

Friday 17 February 2012

Jutawan Dinar Iraq - Jangan Mudah Tertipu!!

Hari ini, dalam akhbar Metro, terdapat sebuah artikel berkenaan Dinar Iraq. Didapati ramai dikalangan rakyat Malaysia yang cetek ilmu pengetahuannya telah membeli dan melabur dalam Dinar Iraq. Sila baca keratan akhbar berikut:



Untuk pengetahuan anda, Dinar Iraq yang dimaksudkan disini hanyalah sekadar matawang. Ia dikatakan akan diapungkan bila tiba masanya nanti. Namun, sejak tahun 2007 hingga sekarang, pelabur-pelaburnya masih belum mendapat sebarang keuntungan. Malah jika mereka hendak menjual Dinar Iraq ini pun, tidak pasti kemana? Penjual dan ejen tersebut pula pasti mempunyai pelbagai dalih.


Saya juga pernah diajukan pelawaan untuk membeli wang kertas Dinar Iraq ini. Namun apabila saya mempersoalkan satu soalan kepada penjual, "kenapa harus saya beli kertas?" Penjual itu menjawab "Ini bukan kertas encik, ini Dinar Iraq yang akan naik harganya nanti". 
Anda pasti wang kertas ini akan naik harga?


Berikut ini saya titipkan intipati artikel berkenaan:


KUALA LUMPUR: Bermodalkan pelaburan awal sebanyak RM3,200 untuk memperoleh sejuta dinar Iraq iaitu mata wang baharu Iraq, pelabur mampu mendapat RM1 juta sebaik nilai mata wang itu dijangka diapungkan (RV) hujung tahun ini.

Inilah trend terbaru penjual mata wang dinar Iraq bagi menarik pelabur membeli mata wang berkenaan yang dikatakan memberi keuntungan dalam sekelip mata.

Wang berkenaan kini tiada nilai kerana baharu dicetak bagi menggantikan mata wang lama. Penjual mata wang itu turut mendakwa mereka memperoleh wang berkenaan dari Jordan yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Difahamkan, pelabur yang menyimpan, membeli atau menjual ketika RV diumumkan, nilai mata wang Dinar Iraq yang pada asalnya tidak bernilai akan bertukar menjadi mata wang utama dunia, sekali gus menjadikan pemiliknya bergelar jutawan segera.

Menurut penjual dinar Iraq yang dikenali sebagai Norman, 23, pelabur tidak perlu bimbang atau takut membeli dan memiliki mata wang berkenaan kerana ia dijangka menjadi lebih bernilai daripada mata wang Kuwait yang kini menduduki tangga teratas sebagai mata wang paling mahal di dunia.

Katanya, pelaburan itu disifatkan sama seperti pelaburan yang dibuat pemilik dinar Kuwait ketika negara itu berdepan dengan krisis ekonomi akibat ditakluk Iraq sekitar 1990-an.



“Ketika itu mata wang Kuwait bukan saja jatuh merudum, malah ia menjadi tidak bernilai namun, sebaik saja negara itu bebas nilainya mendadak hingga tiga kali ganda daripada nilai asal.


“Ini jelas membuktikan, mata wang dinar Iraq juga berpotensi untuk menjadi seperti dinar Kuwait yang boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda,” katanya ketika ditemui di sini.



Katanya, ada segelintir penjual yang turut mendakwa dinar Iraq juga dibeli Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai persediaan menjelang RV akhir tahun ini.

“Saya diberitahu sebuah bank di negara ini juga dilantik khas membeli dinar Iraq. “Disebabkan faktor ini, ramai rakyat negara ini semakin yakin untuk melabur sehingga ada segelintir sanggup melabur ratusan ribu ringgit,” katanya yang sudah menjual 10 juta dinar Iraq. Difahamkan, setakat ini, pemilik dan pembeli dinar Iraq bukan saja terdiri daripada suri rumah, peniaga kecil dan kakitangan kerajaan, malah ia turut menjadi rebutan golongan pelajar institut pengajian tinggi dan golongan VIP.

Norman berkata, sebaik mengiklankan ke laman sosial facebook, ada pelanggan dari luar negara seperti Australia dan Singapura yang menghubunginya untuk membeli mata wang itu.


Note: Dinar Iraq tidak sama sekali dengan Dinar Emas (Fizikal)

Wednesday 15 February 2012

9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan

Berikut saya bawakan tip perniagaan yang dinyatakan oleh PAKAR MOTIVASI NO.1 MALAYSIA.
9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan oleh Dr.Azizan Osman- Usahawan, Mentor Kekayaan & Kejayaan, Pakar Strategi Pengiklanan & Pemasaran & Master Trainer (Asia)
Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda?
Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas
Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?
Ketiga: "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga anda yakin untuk membesarkannya. Kesabaran adalah penting serta sentiasa bersedia untuk menimba ilmu.
Keempat: Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda mengikut keperluan pelanggan dan pasaran
Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman
Keenam: Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul
Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif
Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-gesa
Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah" ke dewan-dewan seminar untuk belajar tentang strategi pemasaran yang terkini.

Semoga anda mendapat manfaat dengan tips ini.